Monday, January 24, 2011

Selami Rahsia Cinta..

Secara luaran, semua wanita mahukan lelaki yang mampu menjaga mereka dan jujur dalam perhubungan. Namun, cinta bukan hanya melibatkan sesetengah perkara sahaja. Ia merangkumi semua aspek dan perkaraitulah yang menjadi titik tolak dalam hubungan cinta. Persoalannya, apa yang kamu harapkan dalam perhubungan tersebut? Selaminya dengan mendalam...

1. Biar Sepadan Dengan Diri Sendiri
Ramai wanita di luar sana sentiasa mengharapkan lelaki yang mempunyai cita rasa pilihan mereka. Sering kali kita dengar bahawa lelaki pilihan haruslah bertubuh sasa, berpotongan rambut kemas, berwajah kacak dan macam macam lagi. Hakikatnya, itu semua hanyalah diukur dari segi fizikal. Lumrah dalam kehidupan perlu mencari seseorang yang mempunyai rupa paras yang menarik, namun jika diri kita sendiri tidaklah semanis yang diharapkan bagaimana? Adalah lebih elok jika kita melihat kesesuaian seseorang dengan diri sendiri. Pilihlah teman hidup yang sepadan dengan diri kita dan biar apa pun orang lain katakan tentang si dia, namun pada kamu masih "sedap mata memandang"

2. Keserasian Dalam Pelbagai Hal
Memilih pasangan hidup umpama menegakkan bangunan yang utuh dan kuat, agar tak bisa runtuh dek angin dan badai. Setiap pasangan harus ada chemistry bagi membentuk hubungan yang sempurna. Serasi dalam pelbagai hal mampu menjadi salah satu tali penguat hubungan. Keserasian yang dimaksudkan termasuk serasi dalam mengeluarkan pendapat, minat, kesukaan dan juga kebencian. Apabila elemen keserasian ini bersatu, pasti pasangan kamu tidak berpaling tadah mencari gadis lain. Pilihlah pasangan yang boleh menjadi soulmate di mana dialah sahabat, kekasih, teman berbicara walau di waktu senang ataupun susah.

3. Harta Dan Paras Rupa
Harta ataupun rupa? Aduh, yang mana lebih penting dan dicari dalam memilih pasangan? Dalam hal ini, kedua-dua aspek perlu difikirkan dengan teliti untuk mengenal pasti yang mana satu boleh menjamin kebahagiaan dalam jangka masa yang panjang. Kedua-duanya seakan sama penting dalam menjalin hubungan tetapi berhati-hatilah, jangan lekas terpesona kepada paras rupa semata-mata. Kenali dan selidik latar belakang hidupnya supaya tidak tertipu kelak. Seperkara lagi, elakkan terjerat diri daripada si jejaka yang mempunyai banyak personaliti. Lelaki sperti ini berpotensi untuk menjadi seorang "kaki perempuan(playboy)" dan mengubah personalitinya setiap kali bersama dengan wanita yang berlainan.

4. Tidak Kepada 'Dua Alam'
Kali pertama berjumpa dan yang seterusnya masih tidak dapat menyerlahkan dirinya yang sebenar. Tidak disiasat latar belakangnya, tiba-tiba satu panggilan telah mengubah segala-galanya. Sudah sekian lama kamu memadu kasih, kini baru diketahui bahawa pasangan kamu adalah biseksual!!OMG! Ini bukan perkara aneh dalam zaman seba moden kini kerana ramai lelaki hari ini beralih seleranya kepada kaum lelaki juga. Di depanmu kelihatan "sejati" namun di belakang kamu, rupa-rupanya dia menyimpan "teman lelaki" lain. Perhatikan kecenderungan selera seksualiti si dia. Jika kamu merasakan ada sesuatu yang tidak kena, tinggalkan sahaja sebelum terlambat!

5. Berupaya Melihat Masa Depan Bersama
Komitmen merupakan sesuatu yang berat untuk dipikul tidak kira bagi kaum lelaki mahupun wanita. Bertuahlah sekiranya seorang wanita itu mendapat pasangan yang tidak takut akan komitmen dan sentiasa bersedia kehidupan di masa akan datang. Ujilah pasangan kamu dengan soalan-soalan yang menjurus ke arah masa depan. Tanyakan kepadanya : Berapa orang anak yang dia mahukan setelah berkahwin? Negara yang menjadi pilihan sebagai destinasi bulan madu? Adakah dia sudah bersedia untuk menjadi seorang ayah? Cuba tanyakan kepadanya soalan-soalan begini dan lihat reaksinya. Sesungguhnya gerak mata tidak pernah menipu.

6. Menghargai Pasangan
Sudah menjadi lumrah hidup, wanita sememangnya memerlukan perhatian. Tanyalah pada mana-mana wanita sekalipun, tidak banyak yang diminta daripada pasangan mereka melainkan tumpuan dan perhatian dalam perhubungan. Oleh itu, jika pasangan kamu melakukan sesuatu yang manis dalam hubungan, beri secebis penghargaan agar dia berasa lebih disayangi dan dihargai. Dengan menghargai kaum wanita, mereka akan lebih gigih mempertahankan hubungan cinta agar lebih mekar setiap hari.

7. Menjadi Pendengar Yang Baik
Dalam hubungan cinta, pertelingkahan sememangnya tidak dapat dielakkan. Pada waktu inilah kamu memerlukan seseorang yang mampu menjadi penyejuk hatimu. Kamu semestinya beruntung sekiranya mendapat seseorang yang boleh menjadi pendengar setia pada segala masalah kamu dan taidak mengeluh apabila mendengar luahan tersebut. Tidak semua lelaki mampu  menjadi seperti apa yang diterangkan ini tetapi jika dia menjadi seseorang yang mampu mendengar dan berkongsi kesedihan pun sudah memadai. Cubalah berkongsi cerita dengannya dan siapa tahu mungkin tarikan mata yang bertentangan mampu meredakan kemarahan kamu.

8. Menerima Diri Kamu Dan Keluarga
Sebagai seorang wanita, kamu pasti ingin mencari lelaki yang menerima kamu dan keluarga seadanya. Dalam meniti hubungan mesra, baik buruk serta kekurangan tidak perlu dijadikan halangan untuk pasangan hidupmu itu menerima kamu. Bersedianya dia menjadi pasangan kamu bermakna bersedialah dia menempuh hidup bersama kamu kelak. Orang tua-tua pernah berkata "Apabila kita mengahwini seseorang bermakna kita mengahwini seluruh ahli keluarganya." Itulah antara ayat yang menjadi pegangan kebanyakan pasangan supaya hubungan kekal bahagia. Semoga bahagia dalam perhubungan!

2 comments:

  1. pergghhhh!!!!mendalam tuuuu...agak2 hajar nie bole jdi pensyarah kot..hehehehe

    ReplyDelete
  2. pensyarah?????
    ta kott...gpun,ta mnat larr...
    hahahaha....bca ka??

    ReplyDelete